Masa Depan Kelantan Tertangguh Lagi
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Keputusan sama ada Kelantan FC bakal kekal beraksi dalam Liga Super pada musim hadapan hanya akan diketahui pada minggu hadapan.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam kepada media baru-baru ini.

Rayuan yang difailkan oleh skuad yang diberi jolokan The Red Warriors itu telah dihantar kepada MFL.

Advertisements

MFL kemudiannya akan menilai sama ada rayuan untuk status Lesen Kebangsaan Kelantan untuk musim 2024-2025 ada merit atau sebaliknya.

“Kelantan telah membuat rayuan (kepada MFL) tentang isu lesennya. Dan mesyuarat akan bersidang pada 16 Januari depan untuk mendengar kes rayuan Kelantan FC dan lesennya untuk musim 2024 dan musim 2025,” katanya.

Sebelum ini, First Instance Body (FIB) memaklumkan Kelantan gagal mendapat Lesen Kebangsaan unutk musim 2024-2025.

Advertisements

FIB berbuat demikian atas alasan Kelantan gagal menghantar dokumen diperlukan oleh badan tersebut meskipun telah diberi dua tarikh tutup untuk memenuhinya.

Susulan itu, FIB memaklumkan The Red Warriors mempunyai peluang terakhir untuk membuat rayuan sebelum 8 Januari 2024, jam 5.00 petang.

Sekiranya rayuan Kelantan tidak diterima oleh MFL, pasukan itu perlu membuat persediaan beraksi dalam saingan Liga M3 musim depan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram