Talian Hayat Terakhir Kelantan FC
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Kelantan FC memiliki talian hayat terakhir bagi menyelamatkan cita-cita mereka beraksi dalam Liga Super musim hadapan.

Skuad yang diberi jolokan The Red Warriors itu diberi tempoh sehingga jam 5.00 petang, 8 Januari 2024 untuk memfailkan rayuan kepada First Instance Body (FIB).

Ini susulan keputusan FIB menerusi mesyuarat pada 31 Disember 2023 untuk tidak menganugerahkan Lesen Kebangsaan kepada Kelantan untuk musim 2024-2025.

Advertisements

FIB membuat keputusan tersebut selepas Kelantan gagal melengkapkan dua Kriteria Kewangan di bawah sub-kriteria F.04 (No Payables Overdue Towards Employees, LHDN, KWSP, PERKESO & EIS – As At June) dan sub-kriteria F.11 (No Payables Overdue Towards Employees, LHDN, KWSP, PERKESO & EIS – As At August) sebelum tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 30 November 2023 dan 31 Disember 2023.

Meskipun diberi tempoh mencukupi untuk menghantar semua dokumen yang diminta FIB, pengurusan Kelantan gagal berbuat demikian sehingga tarikh akhir yang ditetapkan.

Advertisements

Hari ini, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi melaporkan rayuan The Red Warriors telah dibuat kepada FIB pada Isnin lepas. Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam.

Ini merupakan peluang terakhir buat Kelantan untuk memastikan cita-cita beraksi di Liga Super musim 2024-2025 tercapai.

Advertisements

Sekiranya rayuan mereka tetap ditolak oleh FIB, maka pengurusan The Red Warriors perlu mempersiapkan pasukan untuk saingan Liga M3 musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram