Masa Depan Mendoza & Mintah Jadi Tanda Tanya
Dunia
KL City FC
Advertisements

Masa depan dua pemain import Kuala Lumpur City FC, Kevin Ray Mendoza dan juga Jordan Minta masih tidak dapat dipastikan menjelang sepak mula final Piala AFC, Sabtu ini.

Kedua-dua pemain ini memainkan peranan yang cukup penting buat pasukan kendalian Bojan Hodak sehingga berjaya membawa mereka layak ke pentas akhir Piala AFC.

Beraksi di laman sendiri, pengendali kelahiran Croatia itu sudah pasti mahu mempertaruhkan kesebelasan terbaik tatkala harapan menjulang piala berprestij di Asia itu hanya tinggal selangkah sahaja.

Advertisements

Namun begitu, persoalan mula timbul mengenai peranan yang akan dimainkan oleh duo import ini dalam percaturan ampuh di Stadium Bukit Jalil kali ini.

Seperti yang sedia maklum, AFC hanya membenarkan 4 orang pemain import dimainkan dalam sesebuah perlawanan sekaligus bakal mewujudkan saingan sengit dalam kalangan pemain import pasukan.

Bojan Hodak dijangka akan terus mengekalkan khidmat tiga pemain import iaitu kapten pasukan, Paulo Josue, Romel Morales dan juga Giancarlo Gallifuoco.

Advertisements

Walau bagaimanapun, beliau memiliki dua penjaga gol yang sudah pun membuktikan kemampuan masing-masing sekaligus menyebabkan individu yang bakal menggalas tugas mengawal benteng terakhir kekal misteri.

Pada bahagian serangan, KL City seringkali mempertaruhkan duo sensasi pasukan, Romel Morales dan juga Paulo Josue yang sudah pun membuktikan kemampuan masing-masing.

Hal ini menyebabkan nasib pemain pinjaman dari Terengganu, Jordan Mintah terus menjadi bualan setelah beliau berjaya mencipta impak yang diharapkan.

Advertisements

The City Boys dijangka akan mengatur segala perancangan dengan baik bertemu wakil Oman, Al-Seeb dalam misi mengulangi kecemerlangan JDT yang bergelar juara pada tahun 2015.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram