Ibarat sireh pulang ke gagang, bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha difahamkan bakal membuat kemunculan semula bersama The Red Warriors bagi musim 2022.
Menurut satu kenyataan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau menyatakan bahawa Mat Yo masih dalam sesi rundingan untuk kembali ke pangkuan Kelantan. Mat Yo dalam pada itu sah tidak akan beraksi bersama Sarawak United musim hadapan selepas bersama selama semusim.
Untuk Rekod, Norshahrul idlan atau lebih dikenali Matyo berjaya membantu pasukan Sarawak United menjadi Naib Juara Liga Perdana bagi musim 2021. Beliau berjaya menjaringkan empat gol dalam 15 penampilan bersama pasukan.
Sebelum ini, desas desus kuat mengatakan bahawa The Red Warriors ingin mendapatkan khidmat Mohammad Ghaddar. Tapi masih belum ada ‘hint‘ atau keputusan rasmi yang mengesahkan perkara itu berlaku.