Matko Zirdum Beri Bayangan Mahu Kekal Di KL City
Liga Super
KL City FC
Advertisements

Pemain pertahanan Croatia, Matko Zirdum membuktikan keupayaannya sebagai orang besi KL City FC sepanjang kempen Liga Malaysia (Liga M).

Dan selepas semusim bersama pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu, Zirdum memberi bayangan ingin kekal di situ.

Perkara ini dinyatakan kepada wartawan MakanBola, Faris Zukeiman selepas perlawanan terakhir Liga Super membabitkan KL City dan Sri Pahang FC pada 16 Disember lalu.

Advertisements

Sejak menyertai KL City sebagai ejen bebas pada Januari lalu, beliau sudah merekodkan 22 penampilan dalam Liga M termasuk Liga Super.

Tempoh tersebut menyaksikan Zirdum membantu The City Boys layak ke final Piala FA 2023 dan separuh akhir Piala Malaysia 2023.

Beliau mengakui amat suka berada di KL City dan menunjukkan keserasian bersama rakan-rakan sepasukannya sepanjang musim 2023.

Advertisements

Bagaimanapun, pada masa sama, Zirdum berharap beberapa masalah yang melanda The City Boys sebelum ini dapat diselesaikan dan tidak berulang lagi pada masa akan datang.

“Sejujurnya, saya tak tahu tentang itu. Saya suka Kuala Lumpur, saya suka rakan-rakan sepasukan saya. Semua perkara tentang kelab ini amat bagus.

“Kita mungkin ada masalah tapi kita harap masalah ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Jika semuanya bagus, saya fikir kita boleh beri lebih lagi (kepada penyokong),” katanya.

Advertisements

Selain KL City, bek tengah berusia 26 tahun itu pernah beraksi untuk Slaven Belupo, ND Gorica, NK Novigrad, Koprivnica dan Dinamo Zagreb.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram