Ads
Eropah
QPR FC

Kelab Liga Kejohanan, QPR mengumumkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sebagai penaja baru stadium mereka.

Advertisements

Pengumuman ini dibuat The Hoops di laman sesawang rasmi mereka awal pagi tadi.

Advertisements

MATRADE merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang bertanggungjawab membangun dan mempromosi eksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Advertisements

Advertisements

Menerusi penajaan ini, stadium QPR iaitu Loftus Road akan dinamakan semula sebagai Matrade Loftus Road. Perjanjian ini berkuatkuasa sehingga musim 2025-2026.

CEO QPR, Lee Hoos melihat perjanjian ini bersifat menang-menang dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Advertisements

“Kami gembira dengan perjanjian ini. Kelab sentiasa mencari cara untuk meningkatkan portfolio rakan kerjasama kami.

“Keputusan untuk memberi hak penamaan stadium dengan mengambil kira kepentingan komersial kelab dan kami tidak sabar bekerjasama dengan MATRADE,” katanya.

Sentimen sama turut dikongsi Pengerusi MATRADE, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau melihat perjanjian ini mampu menjadi jambatan yang meningkatkan hubungan dagang antara Britain dan Malaysia.

“Dengan memanfaatkan sejarah QPR yang panjang dalam bola sepak Inggeris, MATRADE akan dapat meningkatkan pengiktirafan global sebagai agensi yang boleh dipercayai yang menghubungkan hubungan dagang antara kedua-dua negara.

“Kami tidak sabar membentuk kerjasama yang berjaya bersama QPR,” ujarnya.

Advertisements

Nama MATRADE Loftus Road bakal digunakan di stadium itu buat kali pertama apabila The Hoops melayan kunjungan juara EPL musim 2015-2016, Leicester City esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram