Pertahanan kacukan negara, Mats Deijl berpotensi untuk menjadi pemain termahal Malaysia.
Baru-baru ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa kapten Go Ahead Eagles itu telah berhubung dengan Ketua Jurulatih, Pau Marti.
Pemain berusia 27 tahun itu memaklumkan bahawa beliau memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi ibunya sekaligus membuka peluang untuk mewakili negara.
Beliau dijangka bakal memperkuat pasukan kebangsaan bersama-sama perancang tengah berbakat, Wan Kuzain Wan Kamal.
Berdasarkan kemas kini laman Transfermarkt, nilai pasaran Mats Deijl mencecah 1.2 Juta Euro (RM5.8 Juta) dan berada pada kemuncak nilainya ketika ini.
Nilai ini juga mengatasi saham yang dimiliki oleh kapten Harimau Malaya, Dion Cools yang memiliki nilai pasaran sekitar 800,000 Euro (RM3.8 Juta).
Perbezaan nilai antara kedua pemain ini adalah mencecah RM2 Juta dan bakal menjadi tonggak paling bernilai Malaysia.
Harimau Malaya bakal mengharungi aksi Pestabola Merdeka 2024 menentang Filipina di Bukit Jalil.