Ads
Mats Deijl Buka Mulut Tentang Peluang Wakil Harimau Malaya
Harimau Malaya
Go Ahead Eagles

Bek kanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl berkongsi kisah tentang peluangnya mewakili skuad Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.

Advertisements

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan dua pemain berdarah warisan bakal mewakili skuad senior negara.

Advertisements

Dua pemain yang dinyatakan beliau ialah Deijl dan pemain tengah St. Louis City 2, Wan Kuzain Wan Kamal. Perkara ini dinyatakan dalam sidang media yang diadakan di Kelana Jaya pada penghujung Ogos lalu.

Advertisements
Advertisements

Kini, Deijl mendedahkan beliau dihubungi FAM selepas memaklumkan kepada badan induk itu bahawa dirinya memiliki darah warisan Malaysia.

Malah, beliau turut menyatakan keinginan mewakili skuad negara di peringkat antarabangsa jika diberi peluang untuk berbuat demikian.

Advertisements

“Jadi, saya beritahu mereka saya berdarah Malaysia. Dan kemudian mereka berkata, ‘Apakah anda sedia mempertimbang beraksi untuk skuad bola sepak Malaysia?’ Saya kata, ‘Jika itu boleh dilakukan, sudah tentu.’

“Sekarang mereka meminta sijil kelahiran ibu dan bapa saya yang menetap di Belanda dan daripada datuk saya. Dokumen itu perlu dihantar dari Jerman, dokumen itu kini dihantar,” katanya bila ditemu bual program audio siar Sam & Eus: Tijgerbalsem.

Deijl mengakui pada awalnya, beliau merasakan impian mewakili Harimau Malaya sebagai mustahil. Kini, beliau merasakan impiannya semakin hampir jadi realiti.

“Pada mulanya saya fikir perkara ini tidak akan berjaya dan menjadi sebahagian daripada Malaysia kedengaran mustahil. Tetapi sekarang saya semakin yakin dengan perkara ini,” tambahnya.

Advertisements

Sekiranya proses dokumentasi berjalan lancar, Deijl bakal menambah pilihan Pau Marti Vicente di bahagian bek kanan skuad negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram