Matt Davies: JDT Bukan Pasukan Pelengkap Jadual ACL
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Dalam kemenangan bergaya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Ulsan Hyundai 2-1 pada aksi Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) tidak harus menjadi ukuran sebaliknya akan berdepan tugas rumit apabila berdepan Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.

Pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies akui dalam Liga ini JDT bukanlah pasukan pelengkap jadual ACL sebaliknya untuk bersaing dengan pasukan terbaik Asia.

Bukan itu sahaja, Davies juga pasukannya bukan sekadar bermain untuk bertahan namun beliau pasti misi JDT adalah memburu dan mencipta kemenangan dalam saingan ACL ini.

Advertisements

“Kami di sini bukanlah sekadar pelengkap jadual sebaliknya untuk bersaing dengan pasukan terbaik Asia dan bukan hanya sekadar bermain bertahan sahaja.” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan pasukan Kawasaki Frontale merupakan pasukan yang lincah di bahagian serangan. Jadi, beliau berharap rakan sepasukan dapat mengekalkan momentum kemenangan dalam dua perlawanan sebelum ini untuk berdepan kelab pendahulu Liga Jepun itu.

“Kawasaki Frontale pasukan dinamik dan lincah di bahagian serangan, jadi kami perlu menyaingi kekuatan mereka. Pastinya berdepan tugas sukar mengekang kemaraan trio Brazil pasukan itu,” katanya kepada Harian Metro.

Advertisements

JDT kini masih tidak tewas dalam dua perlawanan awal sebelum menanti cabaran yang bakal dibawa oleh Kawasaki Frontale esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram