Matthew Davies Sah Tinggalkan Pahang
Liga Super
Advertisements

Berbaki dua minggu sebelum saingan Liga Super membuka tirai, skuad Pahang menerima berita kurang enak apabila bakal kehilangan pemain pertahanan berpengalaman Matthew Davies.

Seperti yang dilaporkan Berita Harian, pemain kelahiran Australia itu sah tidak lagi bersama Pahang dan kini sedang berurusan bersama pasukan barunya nanti.

“Segala yang ditularkan di laman sosial berkaitan Davies meninggalkan Pahang adalah benar dan skuad itu amat terasa kehilangannya,” kata sumber berkenaan.

Advertisements

“Segalanya berlaku terlalu pantas dan Davies yang menyertai Pahang pada tahun 2015 tidak lagi bersama Pahang apabila saingan Liga Super bermula nanti.

“Sudah pasti posisi pertahanan kanan memberi kesan terhadap pembentukan pasukan tetapi ia diharap dapat diatasi sebelum liga bermula.”

Johor Darul Ta’zim dikhabarkan bakal menjadi destinasi seterusnya buat Matt Davies namun tiada sebarang pengesahan atau pengumuman rasmi dibuat setakat hari ini.

Advertisements

Sejak menyertai Pahang pada tahun tahun 2015, Davies yang juga kapten pasukan sejak tahun 2016 pernah membantu Pahang muncul juara Piala FA 2018.

Prestasi mantap yang dipersembahkan pemain berumur 25 tahun itu menyaksikan khidmatnya ditagih skuad bawah 23 tahun negara dan skuad Kebangsaan.

Sebelum ini Matt Davies pernah mengeluarkan kenyataan kepada portal bola sepak Australia, The World Game bahawa beliau bakal meninggalkan Pahang dan ingin bermain di sekitar Asia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram