Matthew Steenvorden Sah ‘Orang Besi’ Terbaru Terengganu
Transfer
Terengganu FC
Advertisements

Pasukan gergasi Pantai Timur, Terengganu FC terus sibuk memperkuatkan jentera pasukan menjelang musim baru liga yang akan bermula pada Mei ini.

Terbaru, pengurusan skuad Peteh mengesahkan perpindahan bek tengah Belanda, Matthew Steenvorden.

Perpindahan ini diumumkan menerusi satu hantaran di media sosial rasmi Terengganu hari ini. Sebelum ini, bek tengah berusia 31 tahun itu beraksi untuk kelab gergasi Uzbekistan, Pakhtakor.

Advertisements

Kehadiran Steenvorden dijangka merancakkan lagi persaingan merebut slot bek tengah dalam kesebelasan utama.

Beliau dijangka bersaing dengan seorang lagi awang import, Argzim Redzovic, Shahrul Nizam Ros Hasni, Safwan Mazlan dan Ubaidullah Shamsul Fazili.

Selain Pakhtakor, Steenvorden juga pernah beraksi untuk Feyenoord, FC Dordrecht, SC Cambuur, Excelsior dan HNK Gorica.

Advertisements

Semasa bersama Pakhtakor, beliau membantu pasukan itu muncul juara Liga Super Uzbekistan musim 2023.

Steenvorden turut beraksi dalam dua perlawanan Kumpulan A Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023-2024 menentang Al-Ain dan Al-Fayha.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram