Matyo Terkejut Dengan Kemajuan Mendadak Heberty Fernandes
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlam Talaha terkejut dengan prestasi semasa yang ditampilkan import baru JDT, Heberty Fernandes.

Heberty yang meledak dalam pertembungan antara JDT dan Sabah malam semalam turut mencatat satu bantuan jaringan buat Bergson da Silva ketika memastikan kem Harimau Selatan peroleh kemenangan bergaya, 5-1 mengatasi skuad The Rhinos.

“Pemain-pemain JDT terutamanya Heberty dan Bergson menunjukkan kombinasi seperti mereka ini sudah bermain lama.”

Advertisements

“Saya sebagai seorang penyerang agak terkejut apabila seseorang yang baru sahaja sertai pasukan tetapi mempunyai kombinasi begitu dahsyat.

“Untuk penyerang seperti Heberty, tahap keyakinan sudah pasti meningkat untuk perlawanan akan datang.”

Matyo dalam pada itu turut mengingatkan pasukan-pasukan di Liga Super yang lain agar lebih waspada dengan ancaman yang bakal diberikan Heberty. Bekas penjaring terbanyak Liga Thailand ini dilihat bakal menjadi ayam tambatan baru buat anak buah kendalian Esteban Solari.

Advertisements

“Saya rasa untuk pasukan-pasukan di Liga Super, perlu beri fokus kepada Heberty selepas ini,” ujar Matyo di Astro Arena.

Setakat tiga penampilan bersama JDT, Heberty berjaya mencatat nama sebagai penjaring dalam ketiga-tiga perlawanan yang beliau beraksi.

Setakat ini, penyerang berusia 34 tahun ini cemerlang meledak dua jaringan dalam saingan Piala Malaysia, dua gol dan satu bantuan gol di saingan Liga Super 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram