Mauricio Pochettino Sah Bergelar Pengurus Baru Chelsea
EPL
@FabrizioRomano
Advertisements

Dengan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2022-2023 sudah berakhir, Chelsea segera memuktamadkan perlantikan pengurus baru mereka. Blues telah menamakan bekas pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino sebagai pengurus baru menggantikan pengurus interim, Frank Lampard.

Menurut wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano, Pochettino telah memeterai kontrak dengan Chelsea sehingga tahun 2026. Bekas pengurus Paris Saint-Germain itu bakal memulakan tugasnya di Stamford Bridge pada minggu hadapan.

Pochettino dijangka akan disertai oleh rakan lama dan penolong jurulatih, Jesus Perez. Biarpun bakal memulakan tugasnya pada minggu hadapan, pengurusan Blues terutama duo pengarah sukan, Laurence Stewart dan Paul Winstanley sudah mula mengadakan diskusi dengan beliau berkenaan sasaran perpindahan pemain.

Advertisements

Begitupun, legenda Argentina itu dijangka perlu menyelesaikan tiga masalah besar yang menyelubungi pasukan berkenaan berdasarkan pemerhatian Lampard. Tiga isu tersebut ialah mengurangkan bilangan pemain yang berlebihan, menambahbaik kecergasan pemain yang masih kekal dan memastikan seluruh pasukan mempunyai mentaliti kemenangan yang kuat.

“Bila anda ialah Chelsea dan anda mempunyai musim seperti yang kami alami, terdapat banyak perkara yang perlu ditambahbaik. Pengurus seterusnya memerlukan pra-musim. Kita tidak kompetitif dari segi fizikal, itu pandangan saya.

“Pengurus baru boleh membina skuad mengikut skuad yang dimahukannya – skuad ini terlampau besar dan itu merupakan cabaran besar, datang untuk bekerja dengan para pemain di mana mereka tidak gembira. Situasi sebegini perlu ditangani sekarang dan ia perlu dilakukan.

Advertisements

“Sesetengah pemain sudah mengagak (ketidaktentuan masa depan mereka di Chelsea) selama beberapa lama dan itu sebahagian daripada masalah. Amat sukar untuk bersaing dalam liga ini sekiranya pemain-pemain dilihat terawang-awang – tidak tahu kelab mahukan mereka pergi atau mereka mahu pergi, kita perlu tahu sebabnya.

“Bilik persalinan kelihatan senyap (selepas keputusan seri 1-1 dengan Newcastle) dan ia amat senyap sejak saya datang ke sini. Pemain-pemain berkemungkinan lebih gembira untuk berehat.

“Mereka perlu bertanggungjawab untuk musim ini tetapi terpulang kepada mereka untuk bermain dan menunjukkan dedikasi dan maruah diperlukan sebagai seorang pemain Chelsea,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan bersama Sky Sports.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram