Dunia
Nautico
Advertisements

Bekas pemain pertahanan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mauricio Dos Santos kembali mewarnai kancah bola sepak negara kelahirannya Brazil apabila menyertai kelab di Serie B, Clube Náutico Capibaribe atau Náutico.

Pemain berusia 33 tahun itu menyertai gergasi Harimau Selatan pada tahun 2018 menghabiskan hampir 4 musim di Johor dan telah mengecapi pelbagai kejuaraan termasuklah 8 trofi bersama pasukan.

Baru-baru ini, beliau juga telah pun disahkan tidak lagi bersama pasukan selepas kemasukan beberapa muka import baharu pada musim ini.

Advertisements

Walau bagaimanapun, Mauricio tetap akan meneruskan kelangsungan kariernya selepas khidmatnya disambar oleh salah sebuah kelab di Brazil.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh kelab barunya iaitu Nauticope, Maurico secara rasminya diperkenalkan sebagai pemain baharu bersama-sama pemain lain.

Malah, hal ini dikuatkan lagi oleh satu hantaran yang dimuat naik oleh bekas bintang Lazio ini di Instagram Storynya apabila beliau bakal terbang ke satu destinasi.

Advertisements

Hantaran itu juga disertai dengan ikon kapal terbang dan juga dua warna bulatan putih dan juga merah.

Mauricio Serie B Mauricio Sertai Kelab Série B, Náutico
Mauricio Dos Santos

Pengalaman luas Mauricio yang pernah berkelana bersama banyak kelab-kelab besar di Eropah sudah pasti ditagih oleh Náutico yang kini sedang bergelut pada tempat kedua tercorot liga.

Kini, mereka berada pada kedudukan ke-19 liga selepas 21 perlawanan dengan mengumpul 18 mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram