Media Indonesia Ramal Pemain Chelsea, Ian Maatsen Jadi Bintang Warisan Terbaru
Asia Tenggara
MakanBola
Chelsea FC
Advertisements

Sejak beberapa tahun lepas, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) giat mengenalpasti pemain berstatus warisan bagi memperkuat skuad kebangsaan mereka.

Antara pemain berstatus warisan yang kini menjadi tonggak Tim Garuda ialah Jordi Amat, Elkan Baggott, Shayne Pattynama dan Sandy Walsh.

Advertisements

Satu nama yang berpotensi mewakili Indonesia sebagai pemain warisan ialah bek kiri muda Chelsea, Ian Maatsen.

Ini disebabkan pendedahan yang dibuat Tenaga Ahli Kementerian Pemuda dan Olahraga (Kemenpora), Hamdan Hamedan beberapa hari lepas.

Advertisements

Hamdan mendakwa seorang pemain bertaraf Gred A bakal memperkuatkan Tim Garuda. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pemain tersebut.

Advertisements

“Tapi ada pemain Gred A yang saya sampaikan. Bermain di salah satu klub terbaik di dunia. Saya akan tunjukkan pesan WhatsAppnya (nanti di lain kesempatan). Dia ingin membela Indonesia,” katanya seperti dilaporkan Okezone Bola.

Sejak itu, ramai penyokong Indonesia berteka-teki tentang identiti pemain yang didakwa itu. Ada yang mendakwa pemain yang dirujuk Hamdan itu ialah Emil Audero atau Kevin Diks.

Advertisements

Nama dua pemain ini timbul kerana kedua-duanya masing-masing mewakili kelab besar Eropah. Audero merupakan penjaga gol Sampdoria yang dipinjamkan ke Inter Milan.

Manakala Kevin Diks pula merupakan tonggak bahagian pertahanan kelab Denmark, FC Copenhagen.

Namun begitu, ramai terkejut bila mendengar pendedahan Maatsen memiliki darah Indonesia dibuat oleh peninjau bakat Football Talent Nesia pada 20 November lalu.

Advertisements

“Ian Maatsen punya darah Indonesia dari pihak ibunya yg masih punya darah etnis asli Indonesia,” katanya di X.

Bek kiri berusia 21 tahun itu sudah merekodkan 15 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala EFL musim ini.

Advertisements

Malah, beliau telah membuat penampilan pertama dalam kesebelasan utama Chelsea awal pagi tadi. Maatsen membantu The Blues mengalahkan Crystal Palace 2-1.

Sekiranya PSSI berjaya membawa beliau sebagai pemain warisan Indonesia yang seterusnya, Maatsen boleh menjadi aset jangka panjang untuk pasukan itu.

Advertisements

Ini kerana selain beraksi di bek kiri, beliau juga boleh beraksi di posisi bek sayap kiri dan pemain sayap jika diperlukan.

News Comments Account