Media Jepun Bercerita Tentang Luqman Hakim
Asia
J-League Official (English)
Advertisements

Kelibat penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin membuat penampilan pertama bersama Yokohama Sports & Culture Club (Yokohama SCC) menjadi bualan media Jepun.

Selepas menanti dengan sabar peluang beraksi bersama kelab J3 League itu, penyerang yang dipinjamkan dari KV Kortrijk itu akhirnya mendapat peluang tersebut.

Luqman masuk dalam perlawanan J-League Cup membabitkan Yokohama SCC dan Mito Hollyhock menggantikan rakan sepasukan di bahagian serangan, Ryohei Wakizaka pada minit ke-77.

Advertisements

Kemasukan penyerang berusia 22 tahun itu penting terutama selepas Yokohama SCC terpaksa beraksi dengan 10 pemain. Ini selepas bek tengah Yutaro Yanagi mengutip kad kuning kedua pada minit ke-79.

Penampilan pertama Luqman turut mendapat perhatian akaun media sosial rasmi J-League (English).

“Malam ini menandakan kemunculan pertama Luqman Hakim Shamsudin. Masuk (sebagai pemain gantian) perlawanan pada minit ke-77, pemain Malaysia itu secara rasmi memulakan perjalanannya bersama Yokohama SCC,” katanya di X.

Advertisements

Sejak hantaran tersebut dimuatnaik di X, hantaran itu sudah diulangciap sebanyak 73 kali dan mendapat 108 tanda suka.

Luqman membantu Yokohama SCC mencipta kejutan dengan menewaskan wakil J2 League, Mito Hollyhock 1-0. Keputusan ini memastikan mereka layak ke pusingan kedua J-League Cup.

Selepas ini, kelab J3 League itu bakal berdepan satu lagi pencabar sukar iaitu kelab J1 League, FC Tokyo dalam pusingan kedua kejohanan pada 16 April ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram