Melaka FC Mohon ‘Bantuan’ Bekas Penjaga Gol Kelantan
Liga M3
Melaka FC
Advertisements

Pasukan Liga M3, Melaka FC menagih pertolongan bekas penjaga gol Kelantan FC bagi memastikan mereka terus bersaing secara kompetitif.

Melaka yang dibarisi gabungan pemain berpengalaman dan muda musim ini ingin melupakan perjalanan separuh pertama Liga M3 apabila mempamerkan prestasi yang kurang konsisten.

Sepanjang 12 perlawanan, Melaka mencatatkan 3 kemenangan, 4 seri dan 5 kekalahan sekaligus menyaksikan mereka terpelosok di tangga ke-11 AFL.

Advertisements

Kemasukan beberapa pemain baharu jelas menjadi punca kebangkitan apabila mereka berjaya menoktahkan kemenangan 3-2 ke atas Sains FC.

Menerusi satu perkongsian di tiktok Melaka FC , ucapan jurulatih dilihat menjadi pembakar semangat pasukan untuk terus berjuang.

Advertisements

Perkara yang menarik perhatian apabila kelihatan sosok bekas penjaga gol Kelantan FC, Nik Amin yang kini menyarung jersi Melaka.

“Jangan bawa kesalahan pada pusingan pertama berulang lagi pada pusingan kedua.”

Advertisements

“Tiga orang yang kit telah tandatangan termasuk Nik Amin, apabila kalian sudah bersama kita, kita mahu kalian lakukan yang terbaik,” jelasnya dalam hantaran tersebut.

Impak beliau ditagih untuk mengawal gawang gol pasukan dengan kudratnya memberi kesan segera kepada persembahan pasukan.

Advertisements

Melaka berjaya memperoleh kemenangan ke-4 untuk melonjak ke tangga ke-10 liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram