Ads
Melaka Gilap Potensi Penjaga Gol Masa Depan Malaysia
Harimau Malaya
Melaka FC

Penjaga gol Melaka, Shaheeswaran Thavakumar kini dilabel penjaga gol masa depan Malaysia dan beraksi seperti Andre Onana.

Advertisements

Beliau menampilkan prestasi memberangsangkan dalam saingan Liga A1 Semi Pro apabila menyertai Melaka FC musim ini.

Advertisements

Pemain berusia 25 tahun itu melengkapkan perpindahan ke Melaka dari Perak FC susulan persaingan sengit untuk mendapatkan tempat.

Advertisements
Advertisements

Aksinya dilabel sebagai watak masa depan Malaysia susulan kemampuannya untuk beraksi dengan bola di kaki dengan begitu baik.

Malah, keyakinannya untuk mengatur gerak bermula dari bawah dengan hantaran-hantaran bola tepat ke kaki pemain menjadi elemen utama dalam permainannya.

Advertisements

Shaheeswaran beraksi cemerlang dalam 7 perlawanan pada musim ini dan hanya bolos 3 gol sekaligus membantu Melaka menjadi pasukan paling kurang dibolosi.

Pujian telah diterimanya apabila tular satu klip memaparkan aksi tenangnya ketika bersama Perak FC musim lalu.

“Ketenangan bagus, pemberian bola juga bagus. Ada kemampuan untuk bermain dari bawah, sayang tak ada kelab besar mahu gunakan kemampuan dia. Boleh jadi aset untuk pasukan kebangsaan,” ujar Muqri ruangan komen Football24.

“Macam Onana dia main,” jelas min.

Advertisements

Bekas penjaga gol JDT II ini pernah berkelana di Negeri Sembilan dan Perak sebelum menyertai Melaka FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram