Mesir Lawan ‘Perintah’ Liverpool Rehatkan Mo Salah
Eropah
Liverpool FC
Advertisements

Mesir telah melawan ‘perintah’ Liverpool untuk merehatkan Mohamed Salah apabila memanggil penyerang tersebut untuk aksi persahabatan akhir Mac ini.

Mohamed Salah ketika ini sedang dalam fasa pemulihan setelah menerima kecederaan serius sewaktu membantu Mesir dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) tempoh hari.

Beliau yang hampir cergas dan diturunkan sewaktu Liverpool menentang Brentford pada bulan Februari lalu bagaimanapun mengalami kecederaan sekali lagi dan kini telah terlepas 4 perlawanan liga.

Advertisements

Jurgen Klopp telah berkongsikan kepada pihak media bahawa Salah akan kembali menjalani sesi latihan pada minggu hadapan setelah sekian lama terpinggir akibat kecederaan menurut Daily Mail.

Liverpool kemudian mengutus surat rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Mesir bagi merehatkan Mohamed Salah daripada aksi antarabangsa supaya pemulihan pemain itu berjalan lancar.

Mesir akan bertemu New Zealand pada 22 Mac ini dalam satu aksi persahabatan berbentuk pertandingan yang akan dianjurkan di UAE.

Advertisements

“Kami telah menerima surat dari Liverpool untuk mengecualikan Mohamed Salah dari kem kebangsaan ekoran kecederaannya. Ini kerana kami telah menyenaraikan Mohamed Salah bagi kem kebangsaan skuad Mesir pada bulan Mac ini.”

“Ini adalah hak kami dalam memanggil mana-mana pemain sewaktu tugasan antarabangsa dan keputusan untuk memanggil atau menarik balik nama Salah bergantung kepada staf teknikal pasukan Mesir, Hossam Hassan.”

“Masih terlalu awal untuk membuat keputusan, kami akan memeriksa keadaan beliau dan mendengar nasihat daripada pegawai perubatan pasukan Mesir kelak” menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Mesir.

Advertisements

Liverpool kini dalam misi penting memburu kejuaraan memandangkan pasukan tersebut berada ditangga pertama liga dengan mengumpul 63 mata ketika ini. Manchester City pula ditangga kedua dengan 59 mata dan kekurangan satu perlawanan.

Kehadiran Salah pastinya ditagih oleh Jurgen Klopp setelah skuad Liverpool ketika ini dihujani dengan krisis kecederaan pemain sehinggakan memaksa Klopp menyenaraikan beberapa pemain muda.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram