Mesut Ozil Kekal Di Turki, Sertai Istanbul Başakşehir
Dunia
M10_Official
Advertisements

Pemain tengah pasukan FC Fenerbahce, Mesut Ozil dilaporkan kekal berada di Turki apabila melengkapkan perpindahan ke Istanbul Başakşehir.

Perancang berpengalaman berusia 33 tahun itu sebelum ini seringkali memanaskan bangku simpanan pasukan selepas gagal megekalkan tahap kecergasannya dengan baik.

Ketua jurulatih pasukan, Jorge Jesus juga difahamkan tidak meletakkan Ozil sebahagian daripada perancangannya di kelab.

Advertisements

Oleh yang demikian, beliau telah pun dilepaskan oleh kelab dengan persetujuan bersama sekaligus menjadikan beliau berstatus ejen bebas.

Sungguhpun terdapat khabar yang mengatakan bahawa beliau mahu menggantung but pada usia ini, namun bekas pemain kebangsaan Jerman ini tetap mahu meneruskan perjalanan kariernya lagi.

Bekas bintang Arsenal ini juga mengakui hahawa keputusannya untuk menyertai FC Fenerbahce tidak berjalan mengikut perancangannya sungguhpun telah menandatangani kontrak selama 3 tahun setengah pada Januari 2021.

Advertisements

Media sebelum ini telah pun mengaitkan beliau untuk berpindah ke kelab Istanbul tersebut dan ini telah pun diumumkan oleh kelab semalam.

Ini juga disusuli oleh ucapan perpisahan Ozil kepada kelab dan juga penyokong sambil menyifatkan waktunya di kelab sebagai satu perkara yang mendukacitakan.

“Salah satu perkara yang menjadikan hidup ini penuh dengan perkara tidak pasti.  Rancangan, kemahuan dan keinginan kita mungkin tidak selalunya mengikut arah yang anda mahukan.”

Advertisements

“Saya mahu mencapai kejayaan dengan mendapat lebih banyak peluang untuk bermain dalam jersi Fenerbahce, yang sentiasa menjadi impian saya sejak kecil,” jelasnya dalam hantaran tersebut.

Namun begitu, beliau sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada kelab dan juga komuniti atas sokongan yang diberikan selama ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram