“Mewakili Malaysia Ke Thomas Cup Satu Penghormatan Besar”
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Legenda badminton negara, Datuk James Selvaraj berharap Lee Zii Jia dapat memutuskan sama ada untuk menyertai Thomas Cup atau sebaliknya.

Ketika ini, kedudukan Zii Jia dalam kontinjen kejohanan tersebut masih kabur. Ini selepas jaguh perseorangan lelaki ke-11 dunia itu mahu berbincang dengan pasukannya terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada menyertai Thomas Cup atau tidak.

Ini kerana fokus Zii Jia untuk beberapa bulan seterusnya ialah Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Advertisements

Meskipun sedar tentang fokus pemain tersebut kepada Sukan Olimpik, James masih berharap Zii Jia dapat menjadi sebahagian daripada pasukan negara ke Thomas Cup.

Bagi James, membawa cabaran negara ke kejohanan berprestij itu merupakan satu penghormatan besar buat mana-mana pemain badminton.

“Bermain untuk negara terutama dalam Thomas Cup merupakan sesuatu yang patut dicontohi dan mahu dilakukan dalam karier mereka. Bermain dalam Thomas Cup ialah satu pencapaian (besar) dalam (dunia) badminton.

Advertisements

“Anda boleh menang kejohanan individu. Tapi bila anda beraksi dalam Thomas Cup, anda beraksi demi negara dan menyerahkan seluruh jiwa anda kepada negara,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari untuk Nadi Arena.

Zii Jia sebelum ini menjadi sebahagian daripada kontinjen negara yang beraksi untuk Thomas Cup edisi 2018, 2020 dan 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram