Ads
MFL Jawab Status Tunggakan KWSP KL City
Liga Super
KL City FC

First Instance Body (FIB) tampil menjelaskan isu tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan KL City FC.

Advertisements

Isu tunggakan KWSP pasukan Lembah Klang itu timbul apabila pengarah KL United FC Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar mendakwa KL City memiliki tunggakan berjumlah RM719,116.

Advertisements

Ini selepas Syed Yazid membuat semakan tentang status caruman yang dibuat pasukan itu di KWSP baru-baru ini. Perkara ini turut ditimbulkan dalam mesyuarat khas Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) pada 18 Julai lalu seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Advertisements
Advertisements

Menerusi satu sidang media khas yang diadakan pada 19 Julai, Syed Yazid tertanya-tanya bagaimana FIB memberi kelulusan lesen kepada The City Boys. Sedangkan pasukan itu memiliki tunggakan dari segi caruman.

Lantaran itu, Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif tampil menjelaskan situasi berkenaan. Beliau memaklumkan FIB telah melakukan semakan ke atas semua dokumentasi wajib termasuk kriteria-kriteria kewangan.

Advertisements

“FIB telah menerima surat deklarasi daripada KWSP yang dihantar oleh KL City FC bertarikh 28 Ogos 2023 yang menyatakan tiada tunggakan bayaran setakat 30 Jun 2023 berserta dengan surat lampiran.

“FIB telah menerima surat deklarasi daripada KWSP yang dihantar oleh KL City FC bertarikh 29 Mac 2024 yang menyatakan tiada tunggakan bayaran setakat 31 Disember 2023 beserta dengan surat lampiran.

“Jelas di sini, Jawatankuasa FIB telah memberikan lesen kepada KL City FC berdasarkan surat deklarasi pembayaran yang dikeluarkan oleh KWSP sendiri,” kata badan tersebut dalam satu kenyataan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, susulan dakwaan yang timbul, FIB kini akan menjalankan siasatan terhadap isu tersebut dengan serta-merta.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram