MHC Umum Empat Calon Ketua Jurulatih Hoki Malaysia
UltraSukan
AHF
Advertisements

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mendedahkan telah memiliki empat calon untuk mengisi jawatan ketua jurulatih skuad hoki senior negara.

Empat calon tersebut ialah Sarjit Singh, Muhammad Dharma Raj Abdullah, Brendon Caralon (Afrika Selatan) dan Glenn Turner (Australia).

Keempat-empat nama ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan MHC, Dato’ Majid Manjit Abdullah dalam satu sidang media yang diadakan hari ini.

Advertisements

Selesai selesai proses temuduga, jawatankuasa akan bermesyuarat untuk memilih satu nama yang sesuai sebelum diserahkan kepada MHC untuk keputusan akhir.

“Kami akan adakan sesi temuduga dan memilih satu jurulatih dan (kita) akan syorkan kepada pihak MHC untuk membuat keputusan akhir.

“Brendan dan Turner akan ditemuduga secara zoom (dalam talian menggunakan applikasi Zoom) dan berkenaan gaji, kita akan bincang kemudian.

Advertisements

“Mereka yang terpilih akan diberikan kontrak empat tahun dengan pilihan dua tahun tambah dua tahun,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi untuk Nadi Arena.

Majid turut mendedahkan daripada senarai 23 jurulatih yang memohon untuk ditemuduga, tiada nama besar yang tersenarai. Ini kerana kebanyakan jurulatih sedang sibuk mempersiapkan pasukan negara mereka untuk Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Nama Sarjit dan Dharma bukan asing kerana kedua-duanya pernah melatih skuad hoki negara dalam karier kejurulatihan mereka.

Advertisements

Manakala Caralon dan Turner pula pernah menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan skuad The Speedy Tigers yang diketuai Arul Selvaraj.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram