Advertising
MHL: Kebangkitan UiTM HA-KPT Buat TNB Thunderbolts Terkedu
UltraSukan
Hokita

TNB Thunderbolts kempunan meraih mata setelah tumpas kepada UiTM HA-KPT dalam saingan Premier Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024.

UiTM yang masih segar dengan kemenangan besar 4-0 ke atas Kuala Lumpur City pada Ahad bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal pasukan lawan menerusi Mohammad Syazwan Shah.

Rahuul Fazrien terus meletakkan TNB Thunderbolts selesa di depan dengan 2-0 apabila pukulan deras terus menerjah gawang gol UiTM.

Ad

UiTM HA-KPT berjaya merapatkan kedudukan menerusi percubaan Muhammad Muhibuddin

Ad

Ketika permainan menuju rehat, UiTM berjaya mendapatkan tiga gol pantas dalam masa dua minit menerusi Muhammad Idris Samad, Rashid Baharom dan Azri Hassan.

View this post on Instagram

A post shared by Hokita (@hokitamy)

Ad
Ad

Separuh masa tamat, TNB Thunderbolts 2-4 UiTM HA-KPT.

Ad

Aksi di babak kedua menyaksikan hujan lebat berlarutan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil menyebabkan perlawanan terus ditamatkan.

Aksi tamat, TNB Thunderbolts 2-4 UiTM HA-KPT.

Keputusan ini menyaksikan TNB Thunderbolts kekal di tangga keenam liga dengan sembilan mata, begitu juga UiTM HA-KPT yang kekal di tangga kelima dengan 15 mata.