Advertising
MHL: Maybank Kenduri Gol Tewaskan Young Elephants-Pahang
UltraSukan
MHC

Maybank terus memberi tekanan kepada pendahulu Liga Hoki Malaysia (MHL), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan meraih kemenangan besar 9-0 ke atas Young Elephants-Pahang.

Maybank bukan saja perlu menang ke atas Young Elephants-Pahang jika mahu merampas takhta liga. Malah, mereka perlu berharap KL City dapat mencipta kejutan ke atas TNB dalam satu lagi perlawanan hari ini.

Ad

Sebaik perlawanan bermula, Maybank mula memberi tekanan kepada pasukan dari Pantai Timur itu.

Ad

Dan mereka tidak menunggu lama berada di hadapan seawal minit ketujuh menerusi Shahmie Irfan Suhaimie.

Shahmie kemudian menggandakan jaringan pada minit ke-14 selepas menyudahkan hantaran pemain kebangsaan, Razie Rahim.

Ad

Young Elephants-Pahang semakin ketinggalan apabila Najmi Farizal Jazlan menyudahkan penalti stroke menewaskan penjaga gol, Tengku Nasrul Ikmal Tengku Abd Rahim pada minit ke-15.

Ad

Maybank semakin selesa di hadapan menerusi gol padang Syawal Abd Razak pada minit ke-19. Razie memastikan Maybank 5-0 di hadapan sehingga rehat menerusi gol pada minit ke-26.

Ad

Bersambung selepas rehat, Maybank terus memburu gol tambahan bagi merapatkan jurang perbezaan gol mereka dengan TNB.

Najmi Farizal kembali mencetak nama sebagai penjaring menerusi satu pukulan kencang yang menewaskan Tengku Nasrul Ikmal pada minit ke-38.

Shahmie Irfan mencipta hatrik dengan menyudahkan pukulan penalti pada minit ke-40 untuk gol ketujuh Maybank.

Maybank semakin sukar dicabar apabila Razie menyempurnakan pukulan penalti pada minit ke-43. Ini menjadikan mereka mendahului dengan kedudukan 8-0.

Kamarulzaman Kamaruddin mencipta nama sebagai penjaring dengan menyudahkan pukulan penalti pada minit ke-46.

Perlawanan kemudiannya dihentikan seketika apabila Muhajir Abdu Rauf (Maybank) berlanggar dengan pemain Young Elephants-Pahang, Zamarul Hazim Ahmad Zamri.

Zamarul Hazim yang tidak sedarkan diri kemudiannya diusung keluar dari padang bagi membolehkan rawatan lanjut diberi kepadanya.

Maybank berusaha mencari gol tambahan tetapi keputusan 9-0 kekal sehingga tamat perlawanan.