Micheal Feichtenbeiner Akui Tiada Pasukan Yang Mampu Menang Semua Perlawanan
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Selangor FC, Micheal Feinctenbeiner mengakui bahawa tiada pasukan yang mampu untuk mencatat kemenangan pada setiap perlawanan yang ditempuhi.

Baru-baru ini, pengendali kelahiran Jerman itu telah mengemudi pasukan dengan baik apabila berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas pasukan KL City dalam pusingan kedua Piala FA.

Beliau turut mengakui pasukannya kurang bernasib baik sebelum ini apabila beraksi dengan kurang cemerlang dan gagal mengekalkan prestasi yang diharapkan.

Advertisements

“Sudah pasti kami mahu menang semua perlawanan, tetapi saya rasa tiada pasukan termasuklah Manchester City sekalipun yang boleh mencatat kemenangan pada  setiap perlawanan.”

Walau bagaimanapun, beliau sentiasa menuntut aksi terbaik daripada anak didiknya dan mahu mereka mempamerkan aksi seperti yang diharapkan.

“Tapi yang penting kami mahukan kemenangan, jika turun beraksi kami mahu menyerang dan menang.”

Advertisements

“Untuk saya, kami tidak beraksi buruk dalam beberapa perlawanan sebelum ini terutama berdepan Sabah.”

Sungguhpun begitu, beliau tidak mahu para pemain Selangor terlena dibuai mimpi dengan kemenangan tersebut sebaliknya kekal pada landasan terbaik untuk terus memungut tiga mata menjelang aksi seterusnya.

“Hari ini adalah bagus, tapi perlawanan seterusnya, sudah pasti kamu mahukan tiga mata, jadi kami akan berusaha untuk mendapatkan tiga mata,” katanya selepas perlawanan.

Advertisements

Kejayaan menewaskan jiran Lembah Klang itu menyaksikan Selangor mara ke pusingan suku akhir dan akan berdepan tentangan Sabah di Stadium Likas, 23 Julai ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram