Miguel Cifuentes Sertai Sabah FC
Transfer
TRW Kelantan FC
Advertisements

Selepas tamat kontrak bersama Kelantan FC, ramai ingin tahu destinasi Miguel Cifuentes yang seterusnya. Hari ini, bekas pemain sayap Malaga itu sah menyertai Sabah FC.

Pengumuman tersebut dibuat pengurusan skuad Badak di laman media sosial rasmi mereka hari ini. Kehadiran Cifuentes atau Cifu dijangka mengisi kekosongan kuota import yang ditinggalkan Jacob Njoku yang meninggalkan kelab secara persetujuan bersama lebih sebulan lepas.

Semasa beraksi bersama The Red Warriors (TRW), pemain berusia 32 tahun itu telah merekodkan 15 penampilan dalam semua kejohanan termasuk peringkat suku akhir Piala FA 2023.

Advertisements

Kali terakhir Cifu menyarung jersi TRW ialah dalam perlawanan Kelantan FC dibelasah Kelantan United FC 4-1 pada 2 Jun lepas.

Dalam 15 penampilan, dia menjaringkan empat gol dan dua bantuan gol. Dan paling penting, kesungguhannya membantu pasukan di atas padang dijangka akan menambat hati ramai penyokong Sabah FC.

Buat masa ini, Cifu tidak boleh beraksi bersama Sabah FC kerana tetingkap pasaran perpindahan kedua hanya dibuka pada 5 Julai ini. Setelah dia didaftarkan selepas tarikh berkenaan, maka kelibatnya bakal menambah bisa serangan skuad Badak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram