Pengurus Arsenal, Mikel Arteta turut hairan dengan ketajaman barisan serangan mereka ketika tumbang di tangan Liverpool dalam aksi FA Cup.
Menerusi temu bual beliau selepas perlawanan, beliau turut kesal dengan kekalahan tersebut dan tiada apa mampu dilakukannya.
“Apa yang kamu boleh buat? Saya tak boleh nak beritahu mereka untuk bermain lebih teruk daripada Liverpool, dapatkan satu jaringan dan memenangi perlawanan? Tidak”, ujar beliau kepada BBC.
Beliau juga menegaskan bahawa para pemainnya lebih berhak untuk keluar sebagai pemenang dalam perlawanan itu.
“Kami berhak memenangi perlawanan itu, tiada persoalan mengenainya”, tambah jurulatih kelahiran Sepanyol itu.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Emirates itu, Arsneal terpaksa menelan hakikat terkeluar dari saingan FA Cup setelah kecundang kepada Liverpool hasil jaringan sendiri pemain Arsenal, Jakub Kiwior dan Luis Diaz.