Mikel Arteta Raih Trofi Kelima Bersama Arsenal
MakanBola
Arsenal

Trofi The FA Community Shield merupakan trofi terbaru yang dimenangi Mikel Arteta sepanjang bersama Arsenal.

Trofi tersebut merupakan trofi kelima yang dimenangi pengurus Sepanyol itu sejak memimpin The Gunners pada 2019. Kejayaan itu diraih dengan menewaskan Manchester City 3-0.

Riccardo Calafiori, Kai Havertz dan kapten, Martin Odegaard memastikan penyokong Arsenal ceria di Stadium Principality, Cardiff, Wales.

Trofi The FA Community Shield dimenangi Arteta buat kali ketiga dalam kariernya. Selain itu, beliau juga pernah menjulang trofi The Emirates FA Cup dan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kejayaan ini dilihat satu amaran buat para pencabar Arsenal bahawa pasukan itu semakin ghairah menambah koleksi trofi mereka untuk musim 2026/27.

Arsenal sudah mendapatkan empat pemain baharu untuk kempen musim ini. Kuartet tersebut ialah bekas kapten Newcastle United, Bruno Guimaraes, bekas penjaga gol Leeds United, Illan Meslier, Christos Tzolis dan Piero Hincapie.

The Gunners akan membuka kempen EPL dengan menentang pendatang baharu liga, Coventry City pada 22 Ogos.