Advertisements
Mimpi Ngeri Jo Hyeon-Woo Di SSI Berulang Tiga Kali Angkara JDT
Asia
MakanBola
Hyeonwoo2rin / OfficialJohor

Penjaga gol utama Ulsan HD, Jo Hyeon-Woo sekali lagi berdepan detik sukar apabila pasukannya gagal mencatat sebarang mata dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada semalam.

Selepas tiga edisi Liga Juara-Juara Asia menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim, pasukan Ulsan HD tewas 3-0 sekaligus mencatat kekalahan keempat dalam saingan ACLE 2024.

Pada April 2022, JDT berjaya menewaskan Ulsan 2-1 menerusi jaringan Leandro Velazquez dan gol sendiri Yong Woo Park. Kemenangan itu diteruskan pada ACL berikutnya dimana JDT menewaskan Ulsan 2-1 menerusi jaringan Heberty Fernandes dan Akhyar Rashid. Tahun ini, Ulsan sekali lagi ditewaskan JDT dengan keputusan 3-0 menerusi jaringan Arif Aiman, Oscar Arribas dan Bergson da Silva.

Untuk rekod, Jo Hyeon-Woo beraksi dalam kesebelasan utama pasukan dalam ketiga-tiga aksi menentang JDT. Biarpun bertindak menepis beberapa percubaan JDT namun beliau tidak berjaya memberikan kemenangan buat Ulsan.

Jo Hyeon-Woo yang juga merupakan penjaga gol utama Korea Selatan telah dibolosi tujuh jaringan secara keseluruhan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Hasil kemenangan bergaya JDT pada semalam, ‘Badi’ kekalahan Ulsan dan Hyeon-Woo di SSI masih belum terpadam.