Advertisement
Minit Permainan Keutamaan Stuart Wilkin Menjelang Piala Asia
Harimau Malaya
MakanBola

Pemain tengah Sabah FC, Stuart Wilkin kini fokus untuk mendapatkan minit permainan agar dapat memberikan aksi terbaik beliau di atas padang.

Beliau mahu memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan bersama pasukan Sabah.

“Saya mahu terlibat dalam semua perlawanan, setiap pemain bola sepak mahukannya. Ya, membina minit permainan itu bagus, ini membantu saya mengekalkan tahap kecergasan dan mampu membantu saya jadi lebih tajam di atas padang.” ujar Stuart lagi.

Pemain berusia 25 tahun itu pastinya mahu menambat hati ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menjelang Piala Asia yang berbaki 6 bulan lagi.

Stuart Wilkin sudah 11 kali melakukan penampilan bersama pasukan kebangsaan Malaysia dan telah berjaya mencatat 4 gol.

Ketenangan beliau mengemudi bahagian tengah pastinya menjadi nilai tambah buat skuad Kim Pan-gon yang bakal bertemu Jordan, Bahrain dan Korea Selatan kelak.

Musim ini, Stuart Wilkin sudah melakukan 18 penampilan bersama Sabah dalam aksi Liga Super dan setakat ini telah menjaringkan 5 gol serta 2 bantuan jaringan.