Advertising
Miroslav Kuljanac Anggap Selangor Pasukan Berbeza
MakanBola
KL City FC

Pengendali KL City FC, Miroslav Kuljanac melihat Selangor FC sebagai satu pasukan yang berbeza menjelang aksi terbaru Liga Super.

Sebelum ini, KL City meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas The Red Giants di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 14 Julai 2024. Jovan Motiva mencetak nama sebagai penjaring dalam aksi tersebut.

Ad

Sejak itu, Selangor mengalami pelbagai perubahan termasuk perubahan pada tampuk kejurulatihan. Pasukan itu kini dibimbing jurulatih Jepun, Katsuhito Kinoshi.

Ad

Atas sebab itu, Kuljanac enggan memandang rendah cabaran Selangor. Ini kerana skuad Selangor kali ini jauh berbeza daripada pasukan yang dihadapinya pada separuh pertama musim.

“Apa yang saya boleh katakan perlawanan terakhir (antara KL City dan Selangor), itu sudah berlalu. Mereka mengubah banyak perkara seperti formasi, jurulatih dan pemain,” katanya kepada Nadi Bola.

Ad

“Jadi, pasukan Selangor kali ini merupakan pasukan yang berbeza. Ia satu aksi berbeza, saya jangkakan ia berbeza daripada apa yang kita hadapi sebelum ini.”

Ad

KL City turun tanpa beberapa tonggak untuk aksi menentang The Red Giants. Selain kehilangan Brendan Gan akibat kecederaan, Kuljanac juga mahu menilai tahap kecergasan Jovan Motika terlebih dahulu.

Ad

Pemain pertahanan kebangsaan, Declan Lambert pula terpaksa melupakan aksi menentang Selangor kerana menjalani penggantungan perlawanan.

Selangor bakal berentap dengan The City Boys di Stadium MBPJ pada 12 Januari ini.