Advertising
Miroslav Kuljanac: CAHN Pasukan Kuat Tapi Apa-Apa Boleh Berlaku
MakanBola
Lion City Sailors FC

Pengendali KL City, Miroslav Kuljanac percaya pasukannya akan berjuang habis-habisan ketika bertemu CAHN dalam aksi Shopee Cup pada Khamis.

Setelah mengalami 3 kekalahan berturut-turut, KL City akan turun bagi perlawanan ke-4 Shopee Cup dengan misi untuk bangkit memperoleh 3 mata apabila bertemu wakil Vietnam, CAHN.

Ad

Sementara, CAHN pula yang dibimbing bekas jurulatih skuad kebangsaan Thailand iaitu Mano Polking pada masa ini masih belum tewas dalam 5 perlawanan terakhir yang dihadapi oleh mereka.

Ad

Menurut Kuljanac, beliau tidak mahu merungut di sebalik segala cabaran yang dihadapi oleh KL City ketika ini bagi memberi tumpuan untuk pertempuran penting esok.

”Persiapan pasukan KL City tidak berjalan lancar tapi saya tidak mahu merungut. Esok adalah aksi penting buat kami hidupkan peluang bagi mara ke separuh akhir,” kata Kuljanac.

Ad

Tambah beliau, para pemain KL City pasti akan turun dengan misi berjuang habis-habisa apabila bermain di laman sendiri nanti untuk mencapai kemenangan ke atas CAHN itu.

Ad

”Sudah tentu beraksi di laman sendiri (beri sedikit kelebihan) dan mengenali para pemain ini, mereka akan berjuang mati-matian meskipun berdepan cabaran,” ujar Miroslav Kuljanac.

Ad

Walaupun berdepan pendahulu kumpulan B dan jaguh kuat dari Vietnam itu, Kuljanac masih optimis dengan keupayaan pemain-pemain KL City untuk mencipta kejutan di Cheras.

”Esok bakal menjadi aksi sengit, pihak lawan (CAHN) adalah sebuah pasukan yang baik dan kuat di Vietnam tapi dengan pemain-pemain ini, apa-apa boleh berlaku (cipta kejutan).”

Aksi KL City vs CAHN dijadualkan berlangsung pada Khamis, 23 Januari ini di Stadium Bola Sepak Cheras dengan sepak mula tepat jam 9 malam.