Aksi ASEAN Shopee Cup tidak berupaya membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia apabila KL City tunduk di tangan Lion City Sailors.
Pasukan bimbingan Miroslav Kuljanac beraksi cemerlang dengan kesebelasan terbaik dipertaruhkan pada aksi di Stadium Jalan Besar.
The Sailors bimbingan Aleksandar Rankovic turun dengan barisan bintang seperti Maxime Lestienne, Shawal Anuar, Song Ui-young dan juga Bailey Wright.
Pasukan pelawat mempertaruhkan trio serangan Paulo Josue, Haqimi Azim dan juga J. Partiban untuk menggempur gawang gol yang dikawal oleh Izwan Mahbud.
Tandukan cantik oleh kapten Lion City, Bailey Wright meletakkan tuan rumah di hadapan seawal minit ke-26 menewaskan Azri Ghani.
Aksi babak pertama berkesudahan dengan kelebihan milik Lion City.
Bersambung babak kedua, tuan rumah tak mahu melengahkan peluang apabila melancarkan beberapa serangan pantas.
Jaringan kedua berjaya dihasilkan apabila gerakan sepasukan berjaya disudahkan oleh Maxime pada minit ke-66.
Tambahan masa 5 minit tidak mengubah keputusan perlawanan apabila KL City terlepas peluang untuk pulang dengan 3 mata berharga pada aksi ketiga kumpulan.
Skuad Ibu Kota kini menghuni tangga kedua kumpulan dengan 6 mata manakala Lion City naik ke tangga kelima setelah meraih 3 mata pertama.