Mo Abualnadi Tinggalkan Selangor, Sertai Kelab Romania
MakanBola
SFC/FCCH

Pertahanan Jordan, Mo Abualnadi memilih untuk meninggalkan Selangor dan menyertai kelab dari Romania, FC Corvinul Hunedoara.

Perpindahan Mo Abualnadi ini diumumkan oleh FC Corvinul Hunedoara menerusi satu hantaran di laman media sosial kelab divisyen 2 Romania tereebut pada Rabu sebagai rekrut terbaharu dengan kontrak selama dua musim.

“Kami dengan sukacitanya mengumumkan menandatangani kontrak selama dua musim bersama pertahanan Jordan, Mohammad Abualnadi,” umum FC Corvinul Hunedoara.

Abualnadi yang kini berada di Amerika Syarikat menjelang kejohanan Piala Dunia 2026 akan memulakan cabaran baharu dalam saingan divisyen satu di Romania setelah Corvinul Hunedoara berjaya menduduki tangga pertama di pusingan play-off.

Dengan pengumuman ini, terjawab akhirnya status Mo Abualnadi yang sebelum ini memberi bayangan ucapan perpisahan buat kelab lamanya, Selangor setelah dua musim bersama sejak tiba pada awal musim 2024-2025 lalu.

Selama dua musim di Selangor, Mo Abualnadi berjaya merekodkan 53 penampilan dan melakukan tiga bantuan jaringan bagi membantu Sang Gergasi Merah muncul naib juara Liga Super di musim pertamanya di Malaysia.