Advertisements
Momentum Selangor Tahap Tinggi Ke Korea
ACL
MakanBola
Selangor FC

Wakil Malaysia di Asia, Selangor FC berada pada momentum terbaik sebelum berangkat ke Korea Selatan.

Advertisement

Skuad kendalian Abdi Hassan selesai mengharungi aksi ke-15 Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium MBPJ.

Misi Gergasi Merah diteruskan sungguhpun tanpa Ketua Jurulatih, Nidzam Jamil yang berpisah dengan pasukan baru-baru ini.

Advertisement

Persiapan Selangor dilihat rapi bagi menghadapi aksi ke-4 AFC Champions League Two (ACL2) selepas mengumpul 7 mata daripada 3 aksi awal.

Kemenangan 2-1 berdepan wakil Korea, Jeonbuk Hyundai membantu moral dan persiapan pasukan sebelum beraksi menentang lawan sama sekali lagi.

Advertisement

Skuad Merah Kuning merekodkan tiga kemenangan, satu seri dan satu kekalahan dalam 5 aksi terakhir termasuklah menjaringkan 5 gol dalam semua perlawanan itu.

Advertisement

Jeonbuk Hyundai kendalian Kim Do-heon tidak berada pada situasi yang baik apabila tewas 4 daripada 5 perlawanan terakhir menjadikan persiapan pasukan kurang baik sungguhpun beraksi di laman sendiri.

Selangor beraksi baik dalam saingan Liga Super apabila menghuni tangga kedua sementara Jeonbuk berada pada kedudukan kelima aksi pusingan penyingkiran K-League 1.

Advertisement

Aksi antara Selangor dan Jeonbuk Hyundai akan berlangsung pada 7 November jam 8 malam di Stadium Piala Dunia Jeonju.