Advertising
MPFL: JDT Berpesta Gol Atasi Gombak TOT United Pada Aksi Pembukaan
UltraSukan
JDT Futsal

Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2024 dengan langkah kanan apabila menumbangkan tuan rumah, Gombak TOT United.

JDT tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila rembatan kencang Azri Rahman meletakkan pasukannya mendahului seawal minit kedua.

Seminit kemudian, Saad Abu Sani meletakkan naib juara MPFL 2023 selesa di depan menerusi tendangan kaki kiri yang gagal diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Alif Haiqal.

Ad

Gombak TOT United terus memperkemas permainan bagi mencari jalan menembusi gawang JDT namun keputusan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Ad

Separuh masa pertama, Gombak TOT United 0-2 JDT.

View this post on Instagram

A post shared by OFFICIAL GOMBAK TOT UNITED (@gombaktotunited)

Ad
Ad

Babak kedua bermula, skuad Harimau Selatan terus melebarkan kedudukan sekali lagi menerusi Saad Abu Sani yang menyambar hantaran lintang pada minit ke-23.

Ad

Tuan rumah tidak mengalah dan berhasil menjaringkan gol pertama pasukan menerusi Ridhwan Zainal pada minit ke-31 sekaligus menceriakan para penyokong yang hadir.

JDT terus mengganas dengan menjaringkan gol keempat menerusi pemain tumpuan, Ridzwan Bakri pada minit ke-35 sebelum Saad Abdul Sani melengkapkan hatrick untuk menjadikan pelawat mendahului 5-1 tidak lama kemudian.

Malang menimpa Gombak TOT United setelah kapten pasukan, Faisal dilayangkan kad kuning kedua menyebabkan tuan rumah terpaksa menghabiskan permainan dengan empat orang pemain.

Kelebihan itu digunakan sebaiknya JDT untuk menjaringkan gol keenam menerusi Azri Rahman dua minit sebelum tamat aksi.

Tamat aksi, Gombak TOT United 1-6 JDT.

Aksi liga seterusnya menyaksikan Gombak TOT United akan berdepan Sabah di KSN Panasonic manakala JDT akan menerima kunjungan Terengganu di Stadium Tertutup Pasir Gudang pada 24 Februari.