MPFL: Pahang Rangers Bangkit Baham Sabah
UltraSukan
Pahang Rangers FC
Advertisements

Aksi tunggal Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) minggu ini menyaksikan Pahang Rangers mempamerkan kualiti sebagai juara bertahan apabila bangkit menewaskan Sabah.

Perlawanan yang sepatutnya dijalankan pada minggu lalu ini menyaksikan Pahang Rangers dikejutkan dengan jaringan awal pemain Sabah, Syah Azman.

Sabah terus garang dengan gol kedua menerusi Wan Raziq Wan Zulhasmi pada minit ke-10 untuk meletakkan skuad kendalian Patt Sriwijit mendahului 2-0.

Advertisements

Seakan tersentak, Hamdin Zarif merapatkan kedudukan buat pasukan pelawat hasil rembatan kencang kaki kiri sebelum Sirhan Aiman menyamakan kedudukan buat juara bertahan itu pada minit ke-15.

Pemain import Pahang Rangers, Felipe De Souza meletakkan pasukan pelawat mendahului buat kali pertama dengan gol ketiga dua minit sebelum babak pertama berakhir.

Tamat separuh masa pertama, Pahang Rangers memiliki kelebihan tipis 3-2 ke atas Sabah.

Advertisements

Kembali dari rehat, Pahang Rangers yang dibimbing Gerard Casas terus melebarkan kedudukan dengan gol keempat hasil rembatan jarak jauh Murilo Saad pada minit ke-23.

Sabah tidak patah semangat dan terus mengasak kubu lawan, hasilnya gol ketiga yang dicari berjaya dihasilkan kapten pasukan, Akmal Hakimi Naim.

Malang menimpa Sabah apabila penjaring gol kedua, Wan Raziq dilayangkan kad merah selepas bola terkena tangannya ketika bola itu menuju ke gawang gol.

Advertisements

Kesempatan ini diambil sepenuhnya oleh Pahang Ranger untuk menjaringkan gol kelima dan keenam pasukan menerusi Amirul Khairuddin dan Felipe De Souza.

Tuan rumah berjaya menjaringkan gol keempat sekali lagi menerusi Syah Azman yang menyambar hantaran lintang dari rakan sepasukan.

Keadaan menjadi panas seketika apabila tercetus perselisihan faham menyebabkan dua pemain Sabah, Syah Azman dan Akmal Hakimi Naim dilayangkan kad merah oleh pengadil.

Advertisements

Felipe De Souza melengkapkan hatrick beliau pada minit ke-37 untuk Pahang Rangers mendahului perlawanan dengan jurang besar ke atas Sabah.

Tuan rumah berjaya menjaringkan gol kelima hasil penyudah Felipe Leite pada minit akhir perlawanan namun semuanya sudah terlambat untuk Sabah apabila terpaksa akur tumpas 5-7 kepada Pahang Rangers.

Aksi liga seterusnya menyaksikan Pahang Rangers akan kembali ke Kuantan bagi melayan kunjungan Gombak TOT United manakala Sabah pula akan ke ibu kota menentang pasukan tercorot liga, KL City FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram