Advertising
MPFL: Qusmaini Noor Rusli Puji Ketangkasan Memukau Penjaga Gol JDT
UltraSukan
Qusmaini Noor Rusli

Jurulatih Gombak TOT United FC, Qusmaini Noor Rusli mengakui kagum dengan prestasi penjaga gol Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Aiman Fikry Ramli semalam.

Aksi pertama Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2024 menyaksikan JDT mengatasi cabaran TOT United 6-1 di Kompleks Sukan Negara (KSN) Panasonic.

Ad

Gol JDT disumbang oleh hatrik Muhammad Saad Abdul Sani, dua gol Azri Rahman dan Ridzwan Bakri. Manakala gol tunggal tuan rumah disumbang oleh Ridhwan Zainal.

Ad

Qusmaini mengakui barisan anak buahnya memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol semalam. Bagaimanapun, setiap percubaan mereka berjaya ditepis Aiman Fikry.

Dan beliau percaya disebabkan kecekapan yang ditampilkan penjaga gol Harimau Selatan itu, ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kemenangan pelawat.

Ad

“Kita cuba mendapatkan gol (tambahan) tetapi nasib tidak menyebelahi. Penjaga gol (JDT, Aiman Fikry Ramli) hari ini sangat bagus,” katanya kepada UltraSukan selepas perlawanan semalam.

Ad

Keputusan ini menyaksikan JDT dan Terengganu berkongsi status pendahulu MPFL selepas perlawanan pertama dengan tiga mata.

Ad

Ini selepas Terengganu merekodkan kemenangan besar 6-1 ke atas KL City FC di Stadium Negeri, Kuala Terengganu semalam.