Advertising
Muhaimin Izuddin Kini Arkitek Sandaran Penang
MakanBola
Penang FC

Pemain sayap muda berbakat, Muhaimin Izuddin Asri sah mewakili Penang FC untuk aksi Liga Super musim 2024-2025.

Perpindahan pemain tengah berusia 21 tahun itu diumumkan pengurusan Harimau Kumbang menerusi satu hantaran di media sosial rasmi mereka hari ini.

“Masa menyeronokkan ada di hadapan tatkala kita mengalu-alukan pemain tengah pantas kita! Memperkenalkan pemain baru kita, Muhaimin Izuddin, yang bersedia menakluk padang dengan jersi nombor 13 untuk Penang FC!” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Izuddin sebelum ini pernah beraksi untuk skuad Projek Majlis Sukan Negara (MSN)/Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2021.

Beliau kemudiannya beraksi untuk Kelantan FC dan merekodkan 16 penampilan bersama pasukan dari Pantai Timur itu pada musim 2023.

Ad
Ad

Izuddin memilih meninggalkan The Red Warriors pada penghujung musim lepas bagi mencari nafas baru untuk karier bola sepaknya.

Ad

Beliau menjadi pemain keempat yang menyertai skuad Harimau Kumbang untuk musim 2024-2025 selepas Nabil Ahmad Latpi, Aqil Irfanuddin Sabri dan Khairu Azrin Ghazali.