Mukhairi Ajmal Bintang Dalam Pembikinan Tan Cheng Hoe
Dunia
mukhairi7
Advertisements

Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe bangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh pemain tengah Selangor, Mukhairi Ajmal. 

Beliau akui pemain muda itu seorang pemain yang mampu ke hadapan dalam bidang bola sepak ini. Sejak dari skuad kebangsaan lagi, Cheng Hoe telah memerhati prestasi Mukhairi.

Cheng Hoe juga memuji sikap Mukhairi yang sentiasa memberikan sepenuhnya dalam setiap latihan yang diberikan. Selain itu, pemain berusia 21 tahun itu mengambil iinisiatif tambahan untuk persediaan yang mendatang. 

Advertisements

“Kalau kita lihat saya dah ikuti Mukhairi Ajmal sejak dari skuad kebangsaan lagi. Dia merupakan seorang pemain yang berbakat,  dari perlawanan ke perlawanan prestasinya juga meningkat,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan final semalam.

“Beliau juga disiplin dan komited dalam latihan, selalu dengar nasihat saya. Sikap Ajmal yang sering melakukan latihan tambahan juga menjadi perkara yang bagus untuk dia.”

Sementara itu, sepanjang musim ini hasil yang diperagakan jeneral muda tersebut semakin mendapat perhatian dalam dunia liga bola sepak tempatan.

Advertisements

Keterampilan Mukhairi ini turut bakal menjadi aset terbaik pasukan Selangor kerana beliau mempunyai kualiti tersendiri dalam mencipta pelbagai serangan kepada pihak lawan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram