“Mungkin Pemain Terengganu Risaukan Akhyar Rashid” – Tomislav Steinbruckner
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mengakui tidak berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan anak buahnya dalam aksi menentang Kelantan Darul Naim di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Terengganu sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dan terpaksa bermain tanpa kelibat pemain lincah, Akhyar Rashid yang disamun sehari sebelum perlawanan.

Tomislav Steinbruckner berpendapat kejadian buruk yang menimpa Akhyar mungkin sedikit menjejaskan fokus rakan sepasukan selain aksi keras yang diberikan pihak lawan dalam perlawanan itu.

Advertisements

“Saya rasa perlawanan menentang Kelantan Darul Naim adalah aksi terburuk kami sepanjang mengharungi aksi pra-musim. Saya tidak tahu puncanya mungkin kerana apa yang berlaku pada Akhyar Rashid dan para pemain terlalu memikirkannya.”

“Kelantan bermain amat tajam dan keras, terlalu banyak kekasaran berlaku tetapi saya tidak mahu merungut tentang itu. Kadang-kala saya suka terima lawan sebegini kerana dapat menguatkan lagi pasukan kami.”

Advertisements

“Kami bermain agak perlahan terutamanya pada babak pertama. Kami ada beberapa percubaan pada babak pertama tetapi pada babak kedua kami hanya lakukan percubaan pada akhir permainan.”

“Saya jangkakan aksi lebih baik tapi permainan kami sedikit mengecewakan. Mungkin ini akan jadi pengajaran buat kami pada aksi yang akan datang.” ujar Tomislav Steinbruckner menurut perkongsian Astro Arena.

Advertisements

Akhyar Rashid sebelum ini melakukan 3 penampilan dalam 4 perlawanan terakhir bersama Terengganu dalam aksi pra-musim dan turut membantu Terengganu muncul juara Agarbomb Performance Cup baru-baru ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram