Muslim Ahmad Idam Julang Piala Malaysia Sebelum Bersara
Liga Super
Sri Pahang FC
Advertisements

Bekas pemain pertahanan Sri Pahang, Muslim Ahmad mendedahkan dirinya belum bersara dalam arena bola sepak walaupun kini aktif dalam sukan Muay Thai.

Muslim Ahmad turut berkongsikan impian besar beliau untuk menjulang Piala Malaysia sebelum bersara selaku pemain bola sepak menurut MFL.

Jodoh Muslim Ahmad bersama Sri Pahang akhirnya tamat pada tahun lalu setelah hampir 7 tahun memperkuatkan jentera pertahanan Tok Gajah itu.

Advertisements

Kini beliau berstatus ejen bebas dan turut terbuka untuk menyertai mana-mana pasukan bagi saingan bola sepak Malaysia musim 2024/25.

Muslim Ahmad kini sedang giat menjalani latihan Muay Thai sebagai persediaan menghadapi kejohanan di Kedah pada Sabtu ini.

Beliau juga mendedahkan belum bersedia menjadi atlet Muay Thai secara profesional dan hanya mencuba sukan tersebut sambil menunggu tawaran daripada mana-mana pasukan Liga Super.

Advertisements

“Jujurnya saya rasa satu benda lagi yang memang saya masih tak puas dalam bola sepak dan dah lama simpan dalam hati iaitu untuk meraih trofi Piala Malaysia.”

“Rasanya dah 4 hingga 5 kali saya kalah di separuh akhir jadi memang tak pernah merasa untuk ke final Piala Malaysia. Jadi sebab itu saya rasa tak boleh nak berhenti lagi dan kalau boleh memang saya nak kejayaan itu dahulu.” jelas Muslim Ahmad.

Pemain berusia 35 tahun itu pernah menyertai beberapa kelab hebat sepanjang karier beliau seperti pasukan Terengganu, JDT, PDRM, Kelantan dan juga Sri Pahang.

Advertisements

Malah Muslim Ahmad antara pemain yang membantu pasukan Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 buat kali pertama dibawah kendalian jurulatih K. Rajagobal.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram