Transfer
Sri Pahang FC
Advertisements

Sri Pahang memberi bayangan bakal dipenuhi wajah baru untuk musim hadapan apabila 10 pemain sah meninggalkan pasukan.

Advertisements

Pertahanan berpengalaman, Muslim Ahmad antara pemain yang tidak lagi menyambung kontrak bersama Sri Pahang termasuk Kevin Ingreso, Michael Glassock, Lucas da Silva, Sherzod Fayziev, Nicholas Swirad, Malik Mat Arif, Zuhair Aizat, Wan Syazmin dan Shahrul Nizam.

Perkara tersebut diumumkan secara rasmi dilaman media sosial Sri Pahang pada petang ini.

Advertisements

Muslim Ahmad yang menabur bakti selama 7 tahun buat Sri Pahang bakal beralih angin apabila tidak lagi kekal bersama kelab tersebut untuk saingan musim 2024.

Tiga pemain import, Kevin Ingreso, Michael Glassock dan Lucas da Silva turut dilepaskan sekali gus memberi petanda kehadiran pemain import baharu.

Advertisements

Nicholas Swirad yang kini berusia 32 tahun turut dilepaskan setelah menyertai kelab tersebut sejak tahun 2021.

Sri Pahang berkemungkinan akan memperkuatkan jentera pertahanan pasukan dengan wajah-wajah baharu setelah melepaskan lebih 3 pemain pertahanan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram