Nafuzi Bersuara
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain memberi jawapan berkenaan situasi yang hangat diperkatan tentang pemain sayap sensasi pasukannya iaitu Faisal Halim.

Baru-baru ini tular gambar beliau bersama Faisal di tepi padang saat pemain itu ditukarkan pada babak kedua permainan sekaligus menimbulkan pelbagai andaian oleh netizen.

Hal ini disebabkan reaksi dan postur badan antara kedua-dua individu ini menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Advertisements

Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak telah pun memberikan penjelasan termasuklah pengendali kelahiran Kelantan ini.

Katanya, perkara seperti ini sudah pun menjadi lumrah sekiranya bergelar seorang pemain bola sepak profesional yang menginginkan perkara yang baik buat pasukan mereka.

Menerusi satu kenyataan selepas tamat perlawanan, Nafuzi menjelaskan bahawa perkara seperti itu normal terutamanya dalam situasi tekanan bermain dengan pasukan yang hebat.

Advertisements

“Saya tidak pasti apa yang berlaku tetapi ia normal kerana dalam situasi tekanan sebab selepas perlawanan perkara itu akan jadi kecil (biasa).”

“Perkara tersebut tidak memberi kesan apa-apapun kerana biasalah emosi dalam perlawanan,” jelasnya dalam satu kenyataan.

 Hubungan baik Nafuzi dan juga Faisal juga sudah pun diketahui umum tatkala pemain kelahiran Pulau Pinang itu pernah menyatakan kesediaan untuk kekal di Terengganu sekiranya khidmat jurulatih muda itu dikekalkan.

Advertisements

Kini, fokus dan tumpuan pasukan terarah kepada perlawanan akhir menetang Kedah Darul Aman dalam usaha melayakkan diri ke pentas Piala Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram