Nafuzi Gusar Lihat Rekod Cemerlang Tan Cheng Hoe Di Selangor
Dunia
Terengganu FC / Selangor FC
Advertisements

Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain berharap para pemainnya akan bersedia sepenuhnya bagi aksi separuh akhir Piala Malaysia 2022 menentang Selangor, malam esok.

Perlawanan yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menjadi sudah semestinya menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe berjaya membawa Selangor melalui rekod tujuh perlawanan tanpa kalah.

Perkara itu turut diakui Nafuzi yang sedia maklum mengenai pencapaian cemerlang Selangor di bawah kendalian Tan Cheng Hoe.

Advertisements

“TFC perlu betul-betul bersedia kerana semestinya kita menjangkakan cabaran yang sengit daripada Selangor di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe.

“Dengan kualiti pemain yang ada terutama di bahagian sayap, sudah pasti bukan mudah untuk TFC mengekalkan momentum kemenangan lebih-lebih lagi di hadapan penyokong lawan,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Dalam masa yang sama, Nafuzi berasa lega kerana tiada pemain yang mengalami kecederaan dan percaya para pemainnya tahu menjaga diri supaya dapat mengelakkan dari ditimpa kecederaan mahupun masalah kecergasan.

Advertisements

“Tiada isu kecederaan pemain, tetapi mungkin ada masalah kecergasan kerana jadual Piala Malaysia yang agak padat dari satu perlawanan ke perlawanan lain.

“Tetapi saya percaya pemain tahu menjaga diri, kita pernah melalui situasi serupa ketika saingan Liga Super dan ia bukan halangan untuk kita berjaya,” katanya lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram