Nafuzi Tabik Pemain Terengganu
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain jelas berpuas hati dengan aksi anak buahnya yang mempamerkan aksi bertenaga ketika membelasah Sri Pahang 4-2 dalam aksi Piala Malaysia malam tadi.

Nafuzi dalam masa yang sama turut memuji kesungguhan para pemain dan bersyukur pasukan kendaliannya berjaya mara ke suku akhir Piala Malaysia bertemu Kuala Lumpur City FC (KL City).

“Tiada perkataan lain selain bersyukur dan gembira selepas pasukan layak ke suku akhir Piala Malaysia. Jaringan awal memberikan lagi keyakinan kepada pemain memburu kemenangan walaupun dalam cuaca hujan selain terpaksa beraksi sepuluh pemain pada penghujung masa pertama lagi selepas Shahrul Nizam Ros Hasni dilayangkan kad merah,” kata Nafuzi.

Advertisements

Dengan keadaan padang yang basah, ianya bukanlah satu tugas yang mudah buat para pemain kedua-dua pasukan untuk memperagakan aksi bola sepak terbaik. Namun Nafuzi melihat para pemain Terengganu bermain bermati-matian untuk bawa pasukan mara lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia.

“Ini bukan tugas mudah dengan keadaan padang basah, namun pemain berjaya memperagakan aksi terbaik di depan ribuan peminat setia yang tidak berganjak walaupun hujan.

Advertisements

“Kunci kejayaan kita mereka beraksi sebagai satu pasukan, semangat ditunjukkan pemain juga tinggi dengan bermain bermati-matian untuk mara, ini peluang terbaik untuk mara lebih jauh sebagaimana Liga Super dan Piala FA, setiap pemain yang diturunkan memperagakan aksi luar biasa, saya tabik mereka,” jelas Nafuzi lagi.

Nafuzi menjelaskan bahawa beliau tidak menyangka pasukan kendaliannya akan menang besar sekali lagi apatah lagi pasukan Sri Pahang sudah tentu akan beraksi dengan taktikal berbeza agar dapat melakukan kebangkitan selepas tewas pada aksi pertama di Darul Makmur.

Advertisements

“Saya tidak menjangka kemenangan besar malam ini kerana tahu lawan sudah pasti hadir dengan strategi berbeza untuk memadam defisit kekalahan pada aksi pertama, namun kombinasi menarik mereka begitu membanggakan kami. Kebangkitan lawan pada babak kedua berjaya dipatahkan pemain,” katanya kepada Arena Metro ditemui selepas berakhir perlawanan.

Untuk aksi suku akhir Piala Malaysia, Terengganu akan berdepan finalis Piala AFC iaitu KL City. Mereka akan bertandang ke Stadium KLFA Cheras pada 6 November sebelum aksi timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 12 November depan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram