Nafuzi Zain Akui Tugas Sukar Menanti Namun Yakin Dengan Kemampuan Pasukannya
Dunia
csnsportstalk
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 16 Sept – Jurulatih pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain akui bukan tugas yang mudah buat pasukannya apabila bakal berdepan cabaran pasukan Selangor FC, Perak FC dan juga satu pasukan yang berada di tangga ketiga di Liga Premier menjelang aksi Piala Malaysia kali ini.

Sungguhpun begitu, jurulatih kelahiran Kelantan ini optimis dengan kemampuan pasukan beliau walaupun tidak menafikan Terengganu berada dalam kumpulan ‘maut’.

Beliau turut mengakui situasi di kem Selangor juga berada dalam keadaan yang baik pasti memberi kelebihan buat pasukan Lembah Klang itu. Tambahan pula, baru-baru ini, penyerang import berbisa mereka, Ifedayo Omosuyi telah dinobatkan sebagai pemenang kasut emas musim ini dengan 26 gol telah dijaringkan.

Advertisements

Tambah beliau, cabaran yang dibawa oleh pasukan Perak juga tidak boleh dipandang rendah memandangkan pemain-pemain mereka dalam keadaan yang amat baik ketika ini.

‘Jika kita lihat pasukan Perak, mereka bermain dengan baik sejak akhir-akhir ini.’

‘Mereka juga menunjukkan peningkatan dari segi permainan dan juga keputusan yang diperoleh.’-Jelas Nafuzi kepada Astro Arena.

Advertisements

Sambil itu, beliau juga tidak mahu mengetepikan cabaran yang bakal dibawa oleh satu lagi pasukan yang bersaing di Liga Premier kerana mereka juga pastinya akan berjuang habis-habisan untuk terus layak ke peringkat seterusnya.

‘Saya merasakan kita bakal berdepan Kuching City FC dan mereka pastinya bakal menjadi lawan yang sukar buat kita walaupun beraksi di Liga Premier.’

Terengganu menamatkan saingan di tempat keempat dalam Liga Super setelah meraih keputusan seri 2-2 ke atas Penang FC yang menyebabkan mereka terlepas slot ke saingan AFC musim hadapan.

Advertisements

Namun begitu, dengan kecemerlangan barisan pemain muda pasukan, ia tidak mustahil untuk melihat pasukan ini akan terus menjadi pencabar utama kejuaraan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram