Nafuzi Zain: Belum Ada Tawaran Bimbing Skuad Kebangsaan B-23
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain memberi jawapan mengenai desas-desus yang timbul berikutan namanya menjadi sebutan untuk mengisi jawatan sebagai pengendali baharu skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara.

Seperti yang sedia maklum, baru-baru ini, pengendali kelahiran Australia, Brad Maloney secara rasminya melepaskan jawatan apabila mencapai persetujuan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Walau bagaimanapun, pengendali muda ini mengakui ia menjadi impian setiap jurulatih untuk membimbing skuad kebangsaan.

Advertisements

“Itu menjadi impian setiap jurulatih untuk membimbing skuad kebangsaan.”

“Saya percaya jika tiba masanya insya-Allah.”

Sebelum ini, Nafuzi pernah menjelaskan bahawa komitmen dan juga fokusnya ketika ini adalah untuk membimbing pasukan Terengganu FC mengharungi baki musim selepas kembali mendapat rentak baru-baru ini.

Advertisements

Malah, Nafuzi mengakui beliau masih perlu meraih lebih banyak pengalaman dan juga ilmu bagi memantapkan lagi persediaan sebelum bergelar jurulatih negara.

“Ketika ini saya mahu fokus terlebih dahulu bersama TFC kerana saya mahu belajar lebih banyak dan mencari pengalaman terlebih dahulu.”

“Insya-Allah apabila tiba masanya, saya akan terima jawatan jurulatih kebangsaan (B-23),” jelasnya dalam temubual tersebut.

Advertisements

Malah, jurulatih berusia 43 tahun ini menjelaskan bahawa beliau masih belum menerima tawaran bagi mengendalikan pasukan muda negara.

“Sehingga kini belum ada tawaran lagi (bimbing skuad B-23) dan sekiranya ada tawaran sekalipun, fokus saya hanya memikirkan pemain dan barisan kejurulatihan saya.”

Terengganu ketika ini melonjak naik ke tangga ke-4 Liga Super dengan 16 mata selepas membenam cabaran Kedah Darul Aman dengan keputusan 2-1 di tempat sendiri.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram