Nafuzi Zain Kesan Perubahan Ketara Faisal Halim Selepas Konsisten Bersama Harimau Malaya
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain memuji impak yang dibawa oleh pemain sayap pasukan, Faisal Halim setelah kembali daripada skuad kebangsaan tempoh hari.

Pemain berusia 24 tahun itu menjadi sebahagian daripada skuad yang berjaya membantu Harimau Malaya mara ke pentas Piala Asia secara merit selepas penantian selama 42 tahun.

Menerusi satu temubual dalam segmen Nindia Bola, pengendali berusia 42 tahun itu menjelaskan tentang peranan yang dimainkan oleh pemain yang mesra disapa Mickey itu dalam pasukannya.

Advertisements

Katanya, setiap pemain dalam pasukannya telah memainkan peranan yang cukup penting untuk mengemudi kecemerlangan pasukan.

Namun begitu, beliau melihat perubahan yang ketara yang ditampilkan oleh bekas pemain Pahang ini sejak berada di bawah kendalian Kim Pan-gon.

“Kita tahu Faisal ni dari dulu (di Pahang) pun sudah ada potensi yang sangat cemerlang.”

Advertisements

“Tetapi kita dapat lihat yang beliau lebih menyerlah di sini (Terengganu).”

Sungguhpun begitu, pengendali kelahiran Kelantan yakin setiap pemain mempunyai kelebihan tersendiri bergantung kepada sistem yang dimainkan oleh setiap jurulatih.

“Beliau (Faisal) lebih banyak berubah pada musim ini, contohnya daripada pemain yang tidak boleh beraksi 90 minit dan kini sudah mampu melakukannya,” jelas Nafuzi dalam temubual tersebut.

Advertisements

Malah, Nafuzi melihat perubahan karakter yang ditampilkan oleh Faisal sejak kembali daripada tugasan kebangsaan bersama Harimau Malaya.

“Sekarang Faisal nampak lebih konsisten dan menujukkan karakter yang lebih matang.”

Beliau kini menjadi watak penting buat Terengganu dalam usaha untuk memacu kejayaan pasukan bagi merebut slot ke Asia musim hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram